Laman Utama Arkib Blog Sistem Operasi Antivirus Pun Palsu
Antivirus Pun Palsu
Ditulis oleh nadikarya   

Pernahkah semasa anda melayari internet tiba – tiba muncul pop-up windows yang menyatakan PC anda sudah terkena virus dan harus di scan pada masa itu juga? Ini adalah salah satu tanda – tanda wujudnya antivirus palsu.

Di dalam dunia Virus – Antivirus (security), program seperti ini termasuk dalam kategori Rogue Security Program, iaitu perisian yang menyamar sebagai antivirus yang telah menjumpai virus di komputer anda dan memaksa anda untuk membeli perisian tersebut dengan cara penipuan. Kepada pengguna yang tertipu anda mungkin bukan sahaja kehilangan wang tetapi komputer anda mungkin akan diinstall virus , trojan, spyware dan sebagainya. Di bawah ialah contoh antivirus palsu yang sering dijumpai :


Antivirus 2009

Spyware Protect 2009
WinDefender 2008

 

Sebenarnya terdapat banyak lagi perisian antivirus palsu di internet. Jadi sebagai langkah untuk melindungi komputer anda daripada kesan negatif perisian tersebut amalkan perkara – perkara berikut :

1) JANGAN MUDAH PERCAYA : Jangan mudah percaya dengan apa yang anda jumpai di internet. Pengodam akan menggunakan pelbagai helah halus untuk menghantar virus bagi mencuri maklumat atau merosakkan komputer pengguna. Minta pendapat pakar IT sekiranya anda berasa ragu – ragu dengan apa yang anda jumpai.

2) PASTIKAN KOMPUTER ANDA DILINDUNGI : Pastikan antivirus komputer anda sentiasa dikemaskini sentiasa. Pastikan juga antivirus komputer anda dapat berfungsi dengan baik. Ini adalah untuk membolehkan antivirus dapat mengesan kehadiran sebarang aktiviti yang mencurigakan.

3) JANGAN MUDAH MEMBERIKAN MAKLUMAT PERIBADI : Perisian seperti ini kadangkala meminta kita untuk memberikan maklumat peribadi sebagai pendaftaran untuk menggunakan perisian palsu tersebut. Jangan mudah memberikan maklumat peribadi anda , ini kerana maklumat tersebut mungkin akan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesan sekiranya anda tidak berwaspada :

1) KOMPUTER AKAN DIMASUKI VIRUS : Mungkin adakalanya kita tidak sedar mengenai kesan sekiranya kita tidak berhati – hati akan antivirus palsu ini. Jika kita mengikuti kehendak perisian palsu tersebut dengan menekan butang ”OK” yang kita lihat diskrin mungkin perisian tersebut sedang mengimbas komputer kita namun disebaliknya ia sedang memasukkan sejumlah Trojan ke dalam PC kita.

2) MAKLUMAT PERIBADI AKAN DIEKSPLOTASI : Bagi anda yang sewenang-wenangnya memberikan maklumat peribadi mungkin akan terdedah dengan risiko pengeksplotasian maklumat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini adalah sangat serius dan maklumat peribadi kita mungkin boleh digunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah.

3 ) KOMPUTER AKAN TERDEDAH KEPADA RISIKO KEROSAKAN : Virus yang telah memasuki komputer melalui cara penipuan ini akan menyebabkan komputer akan terdedah kepada risiko kerosakan.

Kesimpulan, setiap hari kita akan sentiasa menggunakan internet sebagai satu medium untuk kita menyelesaikan tugasan harian. Namun kita selaku pengguna bijak haruslah berwaspada dengan perkara – perkara yang ditawarkan di internet agar kita tidak mudah ditipu dan menyebabkan komputer kita terdedah kepada bahaya. Sekian moga bertemu lagi di masa akan datang.

Artikel ditulis oleh Sahizan Bin Mohd Sagi, Unit Keselamatan IT , PTM

 

 

Pesanan Anda

*sayaseekorarnab [12/8 22:15]  salam. ada rakan ingin menuntut ilmu `Joomla` secara berbayar.. lokasi d PBuntar.. sudi menerimanya? 

admin [10/5 16:44]  Jika anda ada sebarang pertanyaan/cadangan/bahan yang anda mahu muat turun sila tinggalkan pesanan di sini. Saya akan cuba bantu. 

admin [10/4 14:52]  Selamat Hari Raya kepada semua. Maaf Zahir Batin. 

*Mr yan [9/11 10:02]  akum..tat aper kabor???rancak bisnes?heheheh...semoga terus berjaya..chayokkk 

*norhayati [9/3 17:07]  tahniah dan syabas dgn penghasilan laman web yg amat baik. Bnyk info2 berguna utk pelayar2 internet. Teruskan usaha dgn sentiasa mengemaskini dan menambah baik lagi info2 yg ada. 

admin [9/3 16:12]  nadikarya adalah kesinambungan nadi it (cc tgh 3).. 

*Guest [9/3 14:44]  mcm biasa dgr nama nadikarya ni. Ni nm cc kat tgrh 3. 

*admin [8/29 10:39]  Saya offline untuk seminggu... Cuti Blk Kampung 

*sayaseekorarnab [8/15 20:26]  pergh.. otai sudah kembali.. 

admin [8/7 23:58]  Laman ini kembali dengan wajah baru...  

Speed: ( 2 )   -  +    R  
Nama Anda: 

Show Emoticons Pesanan Anda:

Characters: 


Statistics

Members : 2
Kandungan : 40
Pautan Web : 7

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini24
mod_vvisit_counterSemalam44
mod_vvisit_counterMinggu Ini223
mod_vvisit_counterBulan Ini504
mod_vvisit_counterJumlah Pengunjung4609

My YM Status


Facebook

Suara Andika



Dijanakan oleh Joomla!. Designed by: Joomla 1.5 Template, phpmyadmin. Valid XHTML and CSS.


 Laman ini sesuai dilayari menggunakan Mozilla Firefox.

Muat Turun Mozilla Firefox Di Sini

 

Penafian : Pihak nadiKARYA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Sebarang kekeliruan atau teguran boleh diajukan kepada pihak kami.


[HUBUNGI KAMI] [ADMIN] [WEBMAIL] 
 
Copyright © 2009 Pusat Komputer Nadi. Hakcipta Terpelihara.