Laman Utama Arkib Blog Berita Semasa Mayat 30 tahun ditemui tak reput
Mayat 30 tahun ditemui tak reput
Ditulis oleh nadikarya   

KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam.

Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter.

Berdasarkan maklumat, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur.

Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.


Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong.

Katanya, keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.

"Saya 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.

"Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat," katanya.

Difahamkan, penemuan mayat itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53 tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui itu.

Desa dan dua lagi rakannya terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu.

Rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru.

"Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama.

"Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur," katanya.

Sumber : Berita Harian 05/10/2009

 

Pesanan Anda

*sayaseekorarnab [12/8 22:15]  salam. ada rakan ingin menuntut ilmu `Joomla` secara berbayar.. lokasi d PBuntar.. sudi menerimanya? 

admin [10/5 16:44]  Jika anda ada sebarang pertanyaan/cadangan/bahan yang anda mahu muat turun sila tinggalkan pesanan di sini. Saya akan cuba bantu. 

admin [10/4 14:52]  Selamat Hari Raya kepada semua. Maaf Zahir Batin. 

*Mr yan [9/11 10:02]  akum..tat aper kabor???rancak bisnes?heheheh...semoga terus berjaya..chayokkk 

*norhayati [9/3 17:07]  tahniah dan syabas dgn penghasilan laman web yg amat baik. Bnyk info2 berguna utk pelayar2 internet. Teruskan usaha dgn sentiasa mengemaskini dan menambah baik lagi info2 yg ada. 

admin [9/3 16:12]  nadikarya adalah kesinambungan nadi it (cc tgh 3).. 

*Guest [9/3 14:44]  mcm biasa dgr nama nadikarya ni. Ni nm cc kat tgrh 3. 

*admin [8/29 10:39]  Saya offline untuk seminggu... Cuti Blk Kampung 

*sayaseekorarnab [8/15 20:26]  pergh.. otai sudah kembali.. 

admin [8/7 23:58]  Laman ini kembali dengan wajah baru...  

Speed: ( 2 )   -  +    R  
Nama Anda: 

Show Emoticons Pesanan Anda:

Characters: 


Statistics

Members : 2
Kandungan : 40
Pautan Web : 7

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini24
mod_vvisit_counterSemalam44
mod_vvisit_counterMinggu Ini223
mod_vvisit_counterBulan Ini504
mod_vvisit_counterJumlah Pengunjung4609

My YM Status


Facebook

Suara Andika



Dijanakan oleh Joomla!. Designed by: Joomla 1.5 Template, phpmyadmin. Valid XHTML and CSS.


 Laman ini sesuai dilayari menggunakan Mozilla Firefox.

Muat Turun Mozilla Firefox Di Sini

 

Penafian : Pihak nadiKARYA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Sebarang kekeliruan atau teguran boleh diajukan kepada pihak kami.


[HUBUNGI KAMI] [ADMIN] [WEBMAIL] 
 
Copyright © 2009 Pusat Komputer Nadi. Hakcipta Terpelihara.